Isu dan kontroversi Rafizi_Ramli

Pendedahan Isu NFC dan Saman daripada Shahrizat

Pada 8 November 2011, beliau telah mendedahkan isu National Feedlot Corporation Berhad (NFC) di dalam blog beliau, memperincikan penyelewengan yang dilakukan oleh keluarga Shahrizat Abdul Jalil.[7] Akibat daripada itu, Pada 19 Januari 2012, beliau dan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin telah disaman fitnah oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana memburukkan nama beliau. Jika gagal mempertahankan diri dan membuktikan kebenaran tuduhan beliau, Rafizi kemungkinan muflis , sedangkan Shahrizat hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman itu ditolak. Ketua wanita Umno itu menuntut RM50 juta untuk gantirugi umum dan RM50 juta untuk gantirugi teruk dan teladan. Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yakin Shahrizat tidak bersalah. [8][9]

Memenjarakan Rosmah dan Najib

Rafizi Ramli telah mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, Najib dan Rosmah akan terus dipenjarakan.[10].

Sehingga kini Rafizi Ramli kecewa dan menyembunyikan diri kerana Najib dan Rosmah masih tidak dapat dipenjarakan walaupun Pakatan Harapan memenangi PRU14, seperti penyokong Menyu yang masuk ke dalam gua kerana tewas melawan Liverpool tempoh hari.